Keluaran dan sambutan Ola Bola

Filem ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kutipan mencecah RM8 juta setakat 13 hari mula ditayangkan[9] Setelah 18 hari ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Ola Bola berjaya mendapat kutipan sebanyak RM12 juta.[10]Kutipan ini meningkat kepada RM 14.5 Juta dalam 29 hari.[11]Selepas 39 hari, filem berjaya mencapai kutipan RM 15.85 Juta.[12]

Tayangan

Trailer untuk filem ini telah dimuatnaik ke Youtube pada 9 Disember 2015.[13] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 28 Januari 2016.

Ulasan kritis

Rata-rata ulasan mengenai filem ini ialah positif. Hampir keseluruhan aspek filem ini mendapat pujian. Fadzlishah Johanabas dari Fadzjohanabas.com[14] dan portal perfileman,Wayangkini.com[15] mengangkat filem ini sebagai filem terbaik Malaysia.Jack Chan Wah dari Wljack.com mengulas filem ini sebagai filem masterpiece Chiu Keng Guan.[16] Portal sukan, Sarawakcrocs.com memuji filem ini sebagai "...antara filem tempatan yang terbaik".[17] Portal perfileman, Kakimuvee.com memberi filem ini "5 bintang".[18]

Angelin Yeoh dari The Star mengulas filem ini sebagai "perlahan pada mulanya sebelum berakhir dengan pengakhiran yang cemerlang".[19] Rozaman Ismail dari Utusan Malaysia memuji jalan cerita dan tema filem ini.[20] Danielle Sendou dari The Borneo Post.com memuji lakonan Bront Palarae dan sinematografi filem.[21]Tony Teh dari Colourlessopinions.com memuji pengarahan Chiu dan usaha dari barisan pelakon muda.[22]Girish Kumar Nambiar dari portal perfileman, Cinemaniacs.com.my mengulas "..filem ini berjaya untuk menghiburkan dan mendidik penonton".[23]bKauser Hieu dari portal kehidupan,Jontheboy.com memberi pujian terhadap soundtrack dan bunyi filem ini.[24] Anna Lee dari portal kehidupan, Vulcanpost.com mengulas "...filem ini memberi harapan terhadap industri perfileman negara."[25]Ashraf Wahab dari portal kehidupan,Metros.events memberi filem ini rating 8 per 10.[26] Portal perfileman India,Astro Ulagam memberi filem ini rating 4.5 per 5.[27]Hafizan Mohd dari portal kehidupan, Stail.my mengucapkan terima kasih kepada pengarah filem kerana mengarahkan filem ini.[28] Deric Ect dari portal hiburan, Dailyseni.com mengangkat filem ini sebagai "...bukti Chiu Keng Guan sebagai pengarah terbaik Malaysia abad ini."[29]

Aidil Rusli dari The Malay Mail pula memberi ulasan yang bercampur, iaitu memuji keseluruhan aspek perfileman tetapi gagal dalam mencerap realiti kehidupan sebenar.[30] The Sun pula menyelar skrip dan dialog filem ini.[31] Portal kehidupan, Larxy.com mengkritik filem ini sebagai terlalu berusaha untuk memadatkan filem.[32]

Rujukan

WikiPedia: Ola Bola http://www.astroawani.com/berita-hiburan/filem-ola... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/ola-bola-... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/terus-han... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/treler-fi... http://www.astroawani.com/video-hiburan/filem-ola-... http://www.colourlessopinions.com/2016/02/ola-bola... http://www.fadzjohanabas.com/murky-clarity/2016/02... http://www.imdb.com/title/tt5423310/ http://www.jontheboy.com/kausern-reviews-ola-bola/ http://kakimuvee.com/2016/02/ola-bola-review/